Pengalaman Jadi Ejen Takaful

>> Friday, February 19, 2010

Awal tahun 2009 yang lepas aku ada ambik exam dari Etiqa Takaful untuk mendapatkan lesen jual polisi takaful bagi pihak syarikat. Bukan senang jadi agent takaful @ insurans ni. Lagi2 waktu sekarang ni. Terlalu banyak saingan. Tak kisahlah macam mana kuat kita usaha, cume segelintir je yang berjaya.

Memandangkan aku dah mulakan cerita berkenaan kerjaya sebagai agent takaful, jadi biarlah aku cerita sedikit sebanyak berkenaan peluang pendapatan sebagai agent takaful.

Untuk tahun pertama, komisyen yang kita akan dapat adalah sebanyak 35% daripada nilai caruman peserta. Bermakna kalau peserta mencarum sebanyak RM100 sebulan, kita akan dapat RM35 sebulan.

Tahun kedua 25%
Tahun ketiga 20%
Tahun keempat 15%
Tahun kelima 10%
Tahun keenam 10%

Memang agak lumayan sebenarnya, kita hanya perlu jual sekali, nah selama 6 tahun kita boleh dapat komisyen die. Menarik kan?

Tapi!

1. Agent perlu maintain 24 kes setahun. Ada sales target. Kalau tak capai? Kita akan dapat warning, then kalau tak capai jugak.. Babai la..

2. Komisyen yang kita akan terima adalah selama 6 tahun. Tapi nilai semakin menyusut. Tahun pertama kita dapat RM35, bila dah tahun keenam tinggal RM10 je.

Sedangkan macam2 boleh berlaku dalam masa 6 tahun. Bagi yang bekerja dengan majikan akan ada kenaikan gaji setiap tahun, dan adakalanya client akan tambah jumlah caruman setiap tahun. Tapi agent tak akan dapat rasa kebaikan sangat sebab peratus komisyen dah semakin menyusut. (ish2)

3. Tahun ke tujuh, semua client kita akan still jadi client kita. Cume kita dah tak dapat apa2 benefit dari diorang. Tapi kita still kena servis dia sebab kita yang jual polisi dekat die, walaupun kita dah tak dapat apa2 dari dia. Kira buat kerja secara percuma lah ni.

4. Andai kata kita tak capai sales target iaitu 24 kes, andaikan kita cuma ada 10 kes tahun tu dan kita kena 'terminate' dari menjadi agent. Semua kes2 yang kita dah dapat akan diserahkan kepada agensi manager. Semua usaha kita akan jadi sia2 selama ni.

5. Manager akan dapat overriding sebanyak kira2 10% dari nilai caruman peserta. Ini lah yang dikata, agent susah2 buat kerja, manager senang2 je kutip hasil.

6. Kos untuk dapatkan seorang client bukan murah. Bermula dari hantar fliers dan brochure, buat panggilan telefon, jumpe prospect, belanja prospect makan dan minum, sediakan free gift untuk prospect, follow up prospect dan banyak lagi. Pendek kata overhead cost sangat tinggi sebenarnya.

7. Sekiranya terjadi kematian kepada client, kita akan hilang komisyen kita macam tu sahaja. Tak sampai pun 6 tahun jugak.

Aku tak pasti sama ada anda yang membaca tulisan aku ni tau berkenaan dengan hal ini ataupun tidak. Tapi kalau anda masih belum tahu, semoga ia dapat membantu.

Sebenarnya disebabkan hal2 ni jugaklah aku mengambil keputusan untuk tidak terus mempromosikan polisi2 takaful. Sebab aku pasti suatu hari nanti ia akan lebih menyusahkan berbanding menyenangkan aku.

Jadi satu hari aku terjumpe pulak dengan program Infinity Downline. Aku tak terus reject program2 macam ni.

Mula2 aku google pasal program ni, lepas tu aku pergi dekat forum2 macam wangcyber.com dan dengar pulak pendapat2 forumer yang ada dekat sana, dan sudahnya aku pun join program ni.

Ada beberapa perkara yang aku suka berkenaan program ni dan sepatutnya orang lain pun akan suka.

1. Kite tak perlu maintain jualan. Tak perlu ada sales target. Dapat 1st client dah pulang modal.

2. Komisyen adalah 100% milik kita. Bukan setakat 35% je macam jadi agent takaful. Dan amountnye takkan menyusut.

3. Bergantung pada downline, selagi downline kita masih ada, selagi itu la kita akan dapat komisyen kita.

4. Berbaloi untuk kita usahakan sebab banyak kita dapat client banyak la komisyen kita dapat. Tapi kalau takaful tu, banyak kita usahakan, banyak lah yang syarikat dapat. Penat2 usaha still company yang lebih untung.

5. Adanya reverse 2 up.

6. Kos untuk mendapatkan downline tak terlalu mahal. Tak perlu jumpa prospect, tak perlu nak telefon. Hanya perlu promosikan laman web. Banyak yang kita boleh jimat. Malah boleh promosikan serata Malaysia hanya dengan klik2.

Itu lah dia sebahagian daripada pengalaman aku, sedikit sebanyak suke dan duka.

16 comments:

videoplanner September 12, 2014 at 8:39 AM  

kah3..infinity downline lagi penipu besar...tak nampak aper motif dah faedahnya ...at least takaful kita membantu org ramai...

Unknown November 26, 2015 at 7:00 AM  

Mindset tu bro kna ubah, insyallah berjaya. Whatever u think, u believe, ur worries n doubts, become your reality. Nak buat takaful, nak membantu orang2 utk faham akan pentingnya konsep perlindungan risiko mengikut syariah dlm kehidupan seharian. Byk ejen dh berjaya, sbab drg dh byk tolong org2 ni. The more you give, the more you get.

Unknown November 26, 2015 at 7:02 AM  

Mindset tu bro kna ubah, insyallah berjaya. Whatever u think, u believe, ur worries n doubts, become your reality. Nak buat takaful, nak membantu orang2 utk faham akan pentingnya konsep perlindungan risiko mengikut syariah dlm kehidupan seharian. Byk ejen dh berjaya, sbab drg dh byk tolong org2 ni. The more you give, the more you get.

Mohd Rosly Abd Jalil August 30, 2016 at 6:14 PM  

Kalau jadi agen takaful tak bagus,kenapa masih ada agen takaful yang jadi jutawan ???...setiap tahun melancung serata dunia ??...

Mohd Rosly Abd Jalil August 30, 2016 at 6:14 PM  

Kalau jadi agen takaful tak bagus,kenapa masih ada agen takaful yang jadi jutawan ???...setiap tahun melancung serata dunia ??...

Ana Hafizah January 8, 2017 at 7:08 PM  

Salam... ya setuju! Kalau berpaksikan duit semata-mata memang tak kan terkejar sebalik nya ejen Takaful mendidik masyarakat mempunyai perlindungan diri dan ekonomi keluarga mengikut syariah.

Nolimitzone360 October 7, 2017 at 8:41 AM  

infinity downline ni menatang pa?
aiyo amma appa

Zeroman ZX February 15, 2021 at 7:37 PM  

Pendapat saya takaful penting. Cumanya kalau orang yang baru habis study kerja gaji cukup makan, sewa bilik, bagi mak ayah, bayar hutang pelajaran, simpan duit sendiri (utk nikah, contoh). Biarlah golongan baru kerja ni dapat belajar disiplinkan duit dulu.(kene cuba displin). Dah naik gaji dah ade portion duit lebih baru boleh apply takaful ni. Ade je kes, sebab amik takaful duit sewa bilik pun susah nak bayar. Ade je kes, ayah tak amik apa apa takful dan insurance accident patah kaki...tapi ade lagi rezeki die Allah bagi. Hidup tak susah pun. Yang betul betul cukup silakan ambil takaful. Niat ambil takaful ni pula sebab nak bantu orang lain dalam kesusahan. Jangan Niat, "kalau apa apa jadi kat aku (accident, kematian) senang la aku dan family aku nanti". Yang memudahkan semua urusan hanya Allah... takaful atau apa apa bentuk bantuan lain tu asabab je kepada mudahnya urusan seseorang tu.

Aida March 4, 2021 at 7:58 AM  

Bagi sy takaful bagus la sebab memudahkan urusan keluar msk hospital,
masa sy jdi agen sy x pandai menyakinkn pelanggan. Keja sbg agen ni selalu desak pelanggan & msa keja tak menentu, byk entertament mlm, itu yg sy gemar. Sy lebih suka habiskn masa berkualiti dengan keluarga, jiwa lebih tenteram,jdi tak kesal bila dh tak de.

Sugar Plum August 15, 2021 at 7:45 AM  

Aduh..yeke? Saya baru nak join

Ana Hafizah August 31, 2021 at 6:46 PM  

Bagi saya bagus je jadi Agen Takaful ni. byk je ejen-ejen yang kaya dan berjaya dengan jadi ejen Takaful. Apa yang penting, setiap apa yang kita buat mesti lah beri komitmen 100% baru lah berjaya. Komitmen inilah menjadikan kita berjaya atau tak dalam apa yg kita ceburi.
Saya pun pernah jadi ejen Takaful tapi sebab saya tak dapat beri komitmenlah sepenuhnya saya belum berjaya.

Kalau belum berjaya atau tak berjaya, janganlah salahkan kerjaya tu atau sistem atau apa2 pun, tgk pada diri sendiri dulu.

Sekian.

Unknown September 10, 2021 at 1:45 PM  

Saya skrg keje sbgai part time ejen takaful. Takaful, mmg bagus plan dia. Apa company bg ni mmg sesuai dgn kehendak bakal2 prospek. Tp mcm agency saya aka leader saya, x bg jual mcm medical card standalone. Byk keburukan. Tp kalau dah byk keburukan kenapa keluarkan juga medical card. So saya berkemungkinan nak stop jadi ejen takaful. Niat nak tolong org, tp mcm x boleh tolong org. Rasa mcm x ikhlas pulak nk buat keje. Lagi pulak bila leader sibuk nak kaya je, melanggar prinsip saya. Lg pulak, bila mcm ni, saya x boleh fokus keje hakiki saya. So baik saya stop jela. Tp korg yg mana x de pelan perlindungan takaful, ambil taw. Ikut kesesuaian kewangan korg.

Unknown September 10, 2021 at 1:49 PM  

Setuju. Lagi satu, kdg kala mcm saya sebagai agent takaful, kena tahu prospek tu mampu/keperluan mereka. Ada je yg murah, tp ada kalanya up smpi jadi mahal takaful tu. Mcm saya, sebolehnya nk bg yg sesuai dgn prospek saya, tp leader saya bising2 x patut bg medical card standalone, nak juga suruh tambah plan mcm2 aiii saya rasa fedup betul. Lepas tu tekan kaw kaw agent bawahan dia nak yg besar2 punya projek 🤦

Aman666 October 27, 2021 at 2:10 PM  

Kenapa leader harus memberi tekan agen...mcm mn ya situasi kerja agen insuran ni... adakah sentiasa ditekan oleh pihak atasannya dan bagaimana jika tiba2 kita nak stop jd agen sb rasa tdk sesuai...adakah akan dikenakan tindakan kepada kita

helmi25976@gmail.com April 17, 2024 at 8:10 PM  

Ada lebih 100,000 pemilik Lesen TBE di Malaysia. Tetapi market penetration masih rendah utk penduduk 30 juta rakyat Malaysia.

Post a Comment

Cerita Pasal Blog Ni

Sertai Aku

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP