Pengalaman Jadi Ejen Takaful

>> Friday, February 19, 2010

Awal tahun 2009 yang lepas aku ada ambik exam dari Etiqa Takaful untuk mendapatkan lesen jual polisi takaful bagi pihak syarikat. Bukan senang jadi agent takaful @ insurans ni. Lagi2 waktu sekarang ni. Terlalu banyak saingan. Tak kisahlah macam mana kuat kita usaha, cume segelintir je yang berjaya.

Memandangkan aku dah mulakan cerita berkenaan kerjaya sebagai agent takaful, jadi biarlah aku cerita sedikit sebanyak berkenaan peluang pendapatan sebagai agent takaful.

Untuk tahun pertama, komisyen yang kita akan dapat adalah sebanyak 35% daripada nilai caruman peserta. Bermakna kalau peserta mencarum sebanyak RM100 sebulan, kita akan dapat RM35 sebulan.

Tahun kedua 25%
Tahun ketiga 20%
Tahun keempat 15%
Tahun kelima 10%
Tahun keenam 10%

Memang agak lumayan sebenarnya, kita hanya perlu jual sekali, nah selama 6 tahun kita boleh dapat komisyen die. Menarik kan?

Tapi!

1. Agent perlu maintain 24 kes setahun. Ada sales target. Kalau tak capai? Kita akan dapat warning, then kalau tak capai jugak.. Babai la..

2. Komisyen yang kita akan terima adalah selama 6 tahun. Tapi nilai semakin menyusut. Tahun pertama kita dapat RM35, bila dah tahun keenam tinggal RM10 je.

Sedangkan macam2 boleh berlaku dalam masa 6 tahun. Bagi yang bekerja dengan majikan akan ada kenaikan gaji setiap tahun, dan adakalanya client akan tambah jumlah caruman setiap tahun. Tapi agent tak akan dapat rasa kebaikan sangat sebab peratus komisyen dah semakin menyusut. (ish2)

3. Tahun ke tujuh, semua client kita akan still jadi client kita. Cume kita dah tak dapat apa2 benefit dari diorang. Tapi kita still kena servis dia sebab kita yang jual polisi dekat die, walaupun kita dah tak dapat apa2 dari dia. Kira buat kerja secara percuma lah ni.

4. Andai kata kita tak capai sales target iaitu 24 kes, andaikan kita cuma ada 10 kes tahun tu dan kita kena 'terminate' dari menjadi agent. Semua kes2 yang kita dah dapat akan diserahkan kepada agensi manager. Semua usaha kita akan jadi sia2 selama ni.

5. Manager akan dapat overriding sebanyak kira2 10% dari nilai caruman peserta. Ini lah yang dikata, agent susah2 buat kerja, manager senang2 je kutip hasil.

6. Kos untuk dapatkan seorang client bukan murah. Bermula dari hantar fliers dan brochure, buat panggilan telefon, jumpe prospect, belanja prospect makan dan minum, sediakan free gift untuk prospect, follow up prospect dan banyak lagi. Pendek kata overhead cost sangat tinggi sebenarnya.

7. Sekiranya terjadi kematian kepada client, kita akan hilang komisyen kita macam tu sahaja. Tak sampai pun 6 tahun jugak.

Aku tak pasti sama ada anda yang membaca tulisan aku ni tau berkenaan dengan hal ini ataupun tidak. Tapi kalau anda masih belum tahu, semoga ia dapat membantu.

Sebenarnya disebabkan hal2 ni jugaklah aku mengambil keputusan untuk tidak terus mempromosikan polisi2 takaful. Sebab aku pasti suatu hari nanti ia akan lebih menyusahkan berbanding menyenangkan aku.

Jadi satu hari aku terjumpe pulak dengan program Infinity Downline. Aku tak terus reject program2 macam ni.

Mula2 aku google pasal program ni, lepas tu aku pergi dekat forum2 macam wangcyber.com dan dengar pulak pendapat2 forumer yang ada dekat sana, dan sudahnya aku pun join program ni.

Ada beberapa perkara yang aku suka berkenaan program ni dan sepatutnya orang lain pun akan suka.

1. Kite tak perlu maintain jualan. Tak perlu ada sales target. Dapat 1st client dah pulang modal.

2. Komisyen adalah 100% milik kita. Bukan setakat 35% je macam jadi agent takaful. Dan amountnye takkan menyusut.

3. Bergantung pada downline, selagi downline kita masih ada, selagi itu la kita akan dapat komisyen kita.

4. Berbaloi untuk kita usahakan sebab banyak kita dapat client banyak la komisyen kita dapat. Tapi kalau takaful tu, banyak kita usahakan, banyak lah yang syarikat dapat. Penat2 usaha still company yang lebih untung.

5. Adanya reverse 2 up.

6. Kos untuk mendapatkan downline tak terlalu mahal. Tak perlu jumpa prospect, tak perlu nak telefon. Hanya perlu promosikan laman web. Banyak yang kita boleh jimat. Malah boleh promosikan serata Malaysia hanya dengan klik2.

Itu lah dia sebahagian daripada pengalaman aku, sedikit sebanyak suke dan duka.

Read more...

Boleh Berjaya Ke Buat Infinity Downline?

>> Thursday, February 18, 2010

Boleh berjaya ke kalau aku nak buat infinity downline ni?

Sebenarnya ni merupakan salah satu soalan yang mula2 sekali ditanyekan oleh kebanyakan orang yang tergerak hati untuk menjalankan program infinity downline. Mereka telah meniliti program ni, mereka dah 'google' program ni, dah tengok dekat youtube, dan dah buat macam2 research untuk dapatkan maklumat berkenaan dengan program ni.

Hasilnya?

Tiada satu pun yang mengatakan program ni tak bagus, penipu atau yang sewaktu dengannya. Yang ada hanyalah cerita2 kejayaan dan kegembiraan individu2 yang berjaya meraih keuntungan melalui program Infinity Downline ini.

Dapat balik RM4,000 dalam masa kurang dari seminggu, dapat RM3,000 dengan usaha tak sampai satu jam sehari, dapat RM2,000 dengan hanya log in facebook. Ah..macam2 lagi lah.

Jadi, berbalik kepada persoalan yang mula2 tadi.

Boleh berjaya ke kalau aku nak buat infinity downline ni?

Untuk persoalan ini saya 'terpaksa' serahkan kepada diri anda semula berkenaan takrifan berjaya yang ada dalam minda anda. Takrifan berjaya adalah sangat2 berbeza2 bagi setiap individu.

Kalau anda rasa bila anda berjaya mendapatkan pendapatan RM4,000 ke RM5,000 sebulan hanya dengan infinity Downline itu sudah dikira berjaya, pada pendapat saya memang tak ada masalah lah.

Tapi kalau anda bayangkan anda boleh beli BMW anda sendiri dengan Infinity Downline ni..owh saya perlu kata it depends on sejauh mana anda serius nak buat infinity downline ni.

Jadi, biar saya berterus terang pada anda

Boleh berjaya ke kalau aku nak buat infinity downline ni?
Sebenarnya memang boleh. Cuma anda belum tahu lagi sahaja.

Read more...

Apa Bagusnya Infinity Downline?

>> Wednesday, February 17, 2010

Baru-baru ni aku sempat jugak chat dengan kawan lama yang bertanyakan pasal Infinity Downline dekat aku. Then, tanpa ada banyak syak wasangka aku pun terangkan la satu persatu berkenaan dengan Infinity Downline ni dekat die.
Tak lama lepas tu tiba2 dia ubah topik. Ingatkan dia masih kurang faham, rupanya dia cuba nak promote program dia rupanya. Program tu datang dari Malaysia, siapa nak masuk kena bayar RM20. Dia kata lebih berbaloi sebab lagi murah, dan kalau tak ada yang nak join pun tak rugi sangat.

Akhirnya terjawab sudah niat sebenar dia bertanya pasal Infinity Downline ni dekat aku, alah itu cuma lapik semata2. Sebenarnya dia nak promote business dia je. Kawan2 punye pasal ape nak kisah. Dengar je la, sekali2 aku bagi jugak pendapat.

Untuk join program tu kena bayar RM20 sahaja. Lagi banyak orang nak join, lagi banyak la komisen dia dapat.Berikut adalah business plan program tersebut



Saya tak galakkan anda join program macam ni, atas beberapa sebab

1. Konsep hit and run. Hari ni join, promote dekat orang ramai, lepas tu dah tak ada khabar berita lagi dah. Sebab website dah tak boleh guna, kena hack ataupun admin dah tak mau nak maintain dia punye website lagi. Sebab dah untung besar.

2. Bukan konsep networking. Bermakna tiada downline, dan tak ada overriding. Anda promote, anda dapat RM20, anda tinggalkan orang yang bayar dekat anda. Apa nak jadi terpulang la dekat dia. Sekali lagi, ini konsep hit and run jugak.

3. Tak pentingkan networking. Ini adalah sesuatu yang penting sebenarnya untuk anda yang mungkin bercita-cita untuk membina jaringan perniagaan yang lain pula. Alasannya mudah, biasanya orang yang anda berjaya dapat untuk menyertai program seperti ini biasanya turut memiliki minat yang sama seperti anda. Orang seperti ini bukanlah sangat mudah untuk dijumpai. Jadi amat tidak wajarlah skiranya anda kehilangan mereka selepas ini.

p/s membuat ulangan jualan pada pelanggan yang sedia ada adalah lebih murah dan mudah berbanding dengan mencari pelanggan baru.
4. Program seperti ini tidak kekal lama. Ini diakui sendiri oleh orang2 yang biasa menyertai program2 seperti ini. Ia akan sentiasa bertukar2. Cuma nilai mungkin akan berubah2.

5. Tiada sistem keselamatan (internet sekurity). Buktinya bila kita log in dalam ruangan ahli. Admin tak memasang sistem keselamatan pada website. Pada browser, kita boleh lihat url bermula dengan http:// bukannya https://

Untuk pemasangan sistem internet sekuriti tersebut bukanlah murah, jadi tak hairanlah admin tidak mahu memasang sistem keselamatan tersebut. Ini juga menunjukkan tahap komitment admin yang rendah dalam program tersebut dan admin hanya mementingkan diri sebenarnya.

Berbeza dengan Infinity Downline

1. Upline akan bersama dengan downline untuk membantu downline mempromosikan Infinity Downline. Konsep Hit and Run tidak akan terpakai dalam Infinity Downline.

2. Konsep yang diguna pakai adalah konsep networking. Upline dan Downline boleh sentiasa berhubung.

3. Pendapatan berterusan setiap bulan. Sekiranya bulan ni boleh dapat RM30,000 (bersamaan dengan 100 downline, ini setelah mengambil kira konsep 'reverse 2 up'), bulan depan pun masih akan dapat lagi RM30,000 tersebut. Inilah yang dinamakan ulangan jualan.

4. Progam ini direka untuk kekal dalam satu tempoh masa yang lama. Sebab dengan adanya pendapatan bulanan.

5. Terdapat internet sekuriti. Boleh lihat screenshot dibawah ya

klik untuk besarkan gambar. Anda akan boleh lihat ia bermula dengan https://
sama macam website maybank2u.com, ia juga menggunakan https://
ini menunjukkan pendaftaran kita melalui satu proses yang selamat


Baik, untuk entry kali ni sampai disini dahulu.

salam sejahtera,

selamat mencuba

Read more...

Infinity Downline. Tak Nak Join Tak Apa La, Tapi Janganlah...

>> Monday, February 15, 2010

Bacalah entry kali ini dengan nada yang bercampur baur dengan kekecewaan ya supaya anda boleh mendapat mood sebenar entry ni. (hhe)

Pertama sekali, tujuan asal saya menubuhkan kumpulan Infinity Downline ini adalah untuk memberi pendedahan kepada orang ramai berkenaan kewujudan program infinity downline ini. Tujuan kedua pastinya adalah untuk mempromosikan infinity downline itu sendiri. (oh mungkin juga sebenarnya ia adalah terbalik)

Dapat respon yang macam2 tu bagi saya adalah perkara biasa dan ia normal.

But..Patut2 la.

Pertama sekali, saya pasti anda semua pastinya ada pendapat anda sendiri berkenaan program2 seumpama ini. Anda rasa teruja untuk memberi pendapat, keinginan anda sangat meluap-luap untuk menyuarakan isi hati anda, untuk menyebarkan buah fikiran anda, terasa nak hentam habis-habisan. Macam2 ada.

Sebelum anda react sedemikian rupa, mungkin anda berminat untuk renungkan beberapa perkara.. Antaranya..

1. Lihat siapa yang perkenalkan program ini kepada anda. Biasanya orang yang akan perkenalkan progam seperti ini adalah rakan, kawan baik, kawan lama, teman, sahabat, sahabat baik anda. Sebelum anda nak hentam habis2an, pertimbangkanlah dahulu kesannya terhadap persahabatan anda. Berbaloikah hilang kawan semata-mata kerana anda tak suke program infinity downline ni?

2. Apa tujuan dia promosikan kepada anda. Adakalanya ia hanyalah sekadar promosi. Tak semesti bila anda dipromosikan program seperti ini, maka anda dipaksa untuk join program ini. Macam iklan dalam tv, dia siarkan dekat semua orang, tapi bukan memaksa semua orang join.

3. Apa pendekatan yang di guna pakai. Memaksa atau memujuk? Boleh dibezakan. Biasanya tak ada pun sape2 yang akan paksa anda join. Market untuk program ini sangat besar. Tak perlu takut bila lambat dapat downline.

Oh berbalik pada tajuk asal, Tak Nak Join Infinity Downline Tak Apa La, Tapi Janganlah
1. Mengutuk
2. Mengeji
3. Menuduh yang bukan
4. Bercakap benda2 yang tak elok tanpa usul periksa
5. Perkara2 yang seumpama dengannya

Bukan apa, seperti yang saya dah cakap sebelum ni.. Kita kawan. Tak berbaloi gaduh cume semata2 anda tak minat dengan Infinity Downline ni.

Read more...

Infinity Downline vs Bank

Anda ada RM100 dalam beg duit anda, kemudian anda mengambil keputusan untuk menyimpan RM100 anda itu tadi kedalam akaun bank pilihan anda. Simpanan dalam bank boleh dikata tiada risiko kerana ia dijamin dan dilindungin oleh PIDM(Perbadanan Insurans Deposit Malaysia) .

Katalah bank tersebut menawarkan pulangan sebanyak 6% setahun, dan selepas setahun duit dalam akaun anda akan menjadi RM106. Anda berasa sangat gembira kerana simpanan anda telah menjana keuntungan sebanyak 6%.

Lalu anda pun mencadangkan kepada ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai, kenalan, kawan2 dalam facebook, bahawa simpanan melalui Bank A menawarkan pulangan sebanyak 6% dan ia antara yang tertinggi buat masa ini.

Kemudian orang2 yang anda cadangkan tadi pun mula menyimpan dalam Bank A tersebut. Selepas setahun, orang2 yang anda cadangkan tadi turut menerima pulangan sama seperti anda. 6% keuntungan.

Anda ceritakan berkenaan dengan plan simpanan di Bank A kepada kawan2 anda, kawan2 anda join, Bank A dapat customer, kawan2 anda dapat pulangan 6% setahun. Anda dapat ape? Bank A bagi anda apa sebab anda tolong promosikan plan simpanan mereka? Kawan2 anda yang menyimpan dekat Bank A bagi anda apa lepas mereka dapat keuntungan pada kadar 6% tu?

Tak bagi apa2 pun. Nothing, zero, kosong, nil.

Katalah RM100 yang ada dalam dompet anda tadi tu anda guna untuk join program Infinity Downline. Anda promosikan kepada adik beradik, saudara mara, sahabat handai, kawan2, kenalan dekat social networking site.

Tak lama lepas tu ada pulak kawan2 anda yang nak join. Mereka nak join sebab mereka kenal anda, dan mereka percaya dengan anda sebab dah kenal lama.

Apa yang anda dapat?

Anda akan dapat RM100 dari mereka. Kenapa? Sebab peserta yang anda perkenalkan akan membayar RM100 terus kepada anda. Hanya melalui peserta pertama anda dah pulang modal. Tapi anda belum untung lagi. Anda promosi lagi, dan lagi.

Peserta2 seterusnya hanya akan memberi keuntungan kepada anda. Pulangan untuk program ini adalah 100%. Bukan 6% atau 10% seperti anda join skim2 simpanan melalui bank.

Betul ke 100%? Pada pandangan saya ia salah! Bukan 100%! Jangan tertipu. Kalau downline anda ada 10 orang, anda sebenarnya mendapat kira2 RM1,000. Kan bukan 100% tu. Ia boleh mencapai 1000%.

Namun satu yang perlu anda faham, setiap yang memberi pulangan yang tinggi pastinya membawa bersamanya risiko yang tinggi. High Risk High Return.

Sekiranya anda bukanlah seorang yang berani untuk mengambil risiko untuk mendapatkan pulangan yang tinggi, sebaik2nya anda jauhkan program2 seperti ini bagi mengelakkan anda mengatakan sesuatu yang buruk berkenaan dengan program ini di suatu masa kelak.

Walaupun ia boleh memberi pulangan yang baik kepada saya, tak bermakna ia juga mampu untuk memberi pulangan yang sama banyak kepada anda. Adakalanya anda boleh mendapat pulangan yang lebih tinggi dari saya, dan mungkin juga kurang daripada saya.

Namun yang pasti, tiada salahnya jika anda berminat untuk mencuba dan rasai sendiri pengalaman mempromosikan program infinity downline ini.



Read more...

4 sebab orang tak nak buat infinity downline

>> Sunday, February 14, 2010

Rata-rata orang yang pertama kali mendengar berkenaan Infinity downline ini akan mengabaikan segala apa yang mereka dengar berkenaan dengan program ini.

Bukan salah sesiapa, tapi yang pasti ada sebab untuk semua ni berlaku.

1. Program seumpama infinity downline ini sudah terlalu banyak di internet.

2. Pengguna internet menganggap program seumpama ini adalah tipu dan scam.

3. Orang ramai merasakan mereka tiada masa untuk menjalankan program2 seperti ini.

4. Tak mahu ambil tahu apa yang berlaku disekeliling mereka, dan lebih gemar hidup dalam dunia kecil ciptaannya sendiri.

Untuk entry kali ni saya tak bercadang nak menyenaraikan semua punca2 berlakunya perkara2 ini. 4 sebab ini dah cukup sebenarnya untuk membuatkan seseorang itu tak join infinity downline.

Bagi No1, program seakan2 infinity downline ini sebenarnya memang agak banyak dalam internet. Namun sistem pemasaran yang diguna pakai oleh infinity downline menjadinya unik berbanding program2 lain.

No2 pula, memang tak dinafikan terdapat program2 seumpama ini yang kita boleh kategorikan sebagai scam, tapi tak semua. Bagi program yang berpotensi untuk menjadi scam, biasanya ahli akan membuat bayaran kepada admin, dan kemudian admin yang akan menguruskan wang penyertaan. Berbeza dengan infinity downline, ahli membayar sesama ahli. Admin tiada peluang untuk memanipulasi program ini menjadi scam.

No 3, kalau kita rasa tiada masa atau tak cukup masa, mungkin anda patut kurangkan masa untuk anda berseronok melakukan perkara yang kurng mendatangkan faedah lalu beralih kepada menjalankan program ini.

No 4, kalau anda jenis yang tak suka nak ambil tahu tentang apa yang berlaku di sekeliling anda, tak apa. jangan bazirkan masa dan usaha anda. Program ini bukan untuk anda.

Jadi untuk mengakhiri, suka untuk saya ingatkan, program ini adalah ciptaan manusia. Organisma hidup, bernyawa dan berperasaan. Sekiranya anda rasa infinity downline ini tak sesuai untuk anda, tolak ia dengan cara yang baik. Tak perlu nak sakitkan hati sesiapa.

Jangan lah kerana anda tak minat nak join program ini, anda hentam habis-habisan orang yang memperkenalkan program ini kepada anda. Anda tolak dengan cara baik, anda tak rugi apa2 dan orang yang memperkenalkan program ini pun tak akan benci anda.

Read more...

financial freedom

FINANCIAL FREEDOM STARTS HERE!

Ah ha ni merupakan tag line bagi program infinity downline ini. Bagi aku ia amat besar maknanya, dan aku pasti bukan senang untuk seseorang tu mencapai financial freedom seperti yang diwar-warkan oleh program seperti ini.

Bayar RM100 then you will have the potential to multiply it to whatever amount you want. Contoh hari ni bayar RM100, dalam masa seminggu kita akan dapat RM1,000. Banyak la jugak bagi aku yang lahir dalam keluarga berpendapatan sederhana ni.

Persoalan yang timbul sekarang ni, ada ke orang yang nak join benda2 macam ni? oh berat nak jawab soalan macam tu. Tapi yang nyata, disebabkan ada yang promote program ni la ia menjadi bukti bahawa memang ada orang yang akan join program macam ni.

Tamak? Erm maybe, tapi apa2 pun think again sebelum judge orang tu tamak atau tak. Mungkin juga orang tu sebenarnya bijak. Ya la, bijak mengambil peluang depan mata. Bukan semua orang boleh nampak.

Baru2 ni aku sempat tengok video Robert T. Kiyosaki berkenaan Rich Dad Poor Dad. Kata nya

My poor dad once told me, robert, go to school, get a good result, get a good job, save money.

Obviously, ini yang selalu orang buat. Belajar penat2 dekat kolej atau university, bersaing untuk dapatkan kerja yang bagus. Then kalau kita buat silap. Apa jadi? You are Fired!

Alah bukan orang tak tau, tapi saje je nak buat2 tak tau. Ego dengan prinsip dan pegangan diri sendiri. Tapi nak sampai bila?

Macam tu masih boleh ke nak kata kita ni bebas dari segi kewangan. Sebelum tu, tune sikit mind set, bukan nak jadikan program ni sebagai pendapatan utama. Tapi cukuplah kalau sekadar ia menjadi pasif income or at least side income.

Andai kata gaji atau pendapatan bulan anda sebanyak RM2,100 (bersih), lepas tu ditambah pulak income dari infinity downline ni kira-kira sebanyak RM2,000. Jumlah total RM4,100 dah.

Kalau sebelum ni RM2,100 tu lah nak buat bayar bil, bayar tol, duit minyak, belanja keluarga, belanja diri sendiri, emergency fund, bayar hutang pinjaman belajar dan lain2 at least dengan adanya extra money dari infinity downline ni dapat la jugak kurangkan bebanan yang terpaksa ditanggung ni. Mengurangkan ya, bukan menghilangkan.

Jadi apa alternatif yang kita ada sekarang ni? Join atau pun tak join?

Read more...

Cerita Pasal Blog Ni

Sertai Aku

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP