Infinity Downline vs Bank

>> Monday, February 15, 2010

Anda ada RM100 dalam beg duit anda, kemudian anda mengambil keputusan untuk menyimpan RM100 anda itu tadi kedalam akaun bank pilihan anda. Simpanan dalam bank boleh dikata tiada risiko kerana ia dijamin dan dilindungin oleh PIDM(Perbadanan Insurans Deposit Malaysia) .

Katalah bank tersebut menawarkan pulangan sebanyak 6% setahun, dan selepas setahun duit dalam akaun anda akan menjadi RM106. Anda berasa sangat gembira kerana simpanan anda telah menjana keuntungan sebanyak 6%.

Lalu anda pun mencadangkan kepada ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai, kenalan, kawan2 dalam facebook, bahawa simpanan melalui Bank A menawarkan pulangan sebanyak 6% dan ia antara yang tertinggi buat masa ini.

Kemudian orang2 yang anda cadangkan tadi pun mula menyimpan dalam Bank A tersebut. Selepas setahun, orang2 yang anda cadangkan tadi turut menerima pulangan sama seperti anda. 6% keuntungan.

Anda ceritakan berkenaan dengan plan simpanan di Bank A kepada kawan2 anda, kawan2 anda join, Bank A dapat customer, kawan2 anda dapat pulangan 6% setahun. Anda dapat ape? Bank A bagi anda apa sebab anda tolong promosikan plan simpanan mereka? Kawan2 anda yang menyimpan dekat Bank A bagi anda apa lepas mereka dapat keuntungan pada kadar 6% tu?

Tak bagi apa2 pun. Nothing, zero, kosong, nil.

Katalah RM100 yang ada dalam dompet anda tadi tu anda guna untuk join program Infinity Downline. Anda promosikan kepada adik beradik, saudara mara, sahabat handai, kawan2, kenalan dekat social networking site.

Tak lama lepas tu ada pulak kawan2 anda yang nak join. Mereka nak join sebab mereka kenal anda, dan mereka percaya dengan anda sebab dah kenal lama.

Apa yang anda dapat?

Anda akan dapat RM100 dari mereka. Kenapa? Sebab peserta yang anda perkenalkan akan membayar RM100 terus kepada anda. Hanya melalui peserta pertama anda dah pulang modal. Tapi anda belum untung lagi. Anda promosi lagi, dan lagi.

Peserta2 seterusnya hanya akan memberi keuntungan kepada anda. Pulangan untuk program ini adalah 100%. Bukan 6% atau 10% seperti anda join skim2 simpanan melalui bank.

Betul ke 100%? Pada pandangan saya ia salah! Bukan 100%! Jangan tertipu. Kalau downline anda ada 10 orang, anda sebenarnya mendapat kira2 RM1,000. Kan bukan 100% tu. Ia boleh mencapai 1000%.

Namun satu yang perlu anda faham, setiap yang memberi pulangan yang tinggi pastinya membawa bersamanya risiko yang tinggi. High Risk High Return.

Sekiranya anda bukanlah seorang yang berani untuk mengambil risiko untuk mendapatkan pulangan yang tinggi, sebaik2nya anda jauhkan program2 seperti ini bagi mengelakkan anda mengatakan sesuatu yang buruk berkenaan dengan program ini di suatu masa kelak.

Walaupun ia boleh memberi pulangan yang baik kepada saya, tak bermakna ia juga mampu untuk memberi pulangan yang sama banyak kepada anda. Adakalanya anda boleh mendapat pulangan yang lebih tinggi dari saya, dan mungkin juga kurang daripada saya.

Namun yang pasti, tiada salahnya jika anda berminat untuk mencuba dan rasai sendiri pengalaman mempromosikan program infinity downline ini.



0 comments:

Post a Comment

Cerita Pasal Blog Ni

Sertai Aku

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP