Infinity Downline. Tak Nak Join Tak Apa La, Tapi Janganlah...

>> Monday, February 15, 2010

Bacalah entry kali ini dengan nada yang bercampur baur dengan kekecewaan ya supaya anda boleh mendapat mood sebenar entry ni. (hhe)

Pertama sekali, tujuan asal saya menubuhkan kumpulan Infinity Downline ini adalah untuk memberi pendedahan kepada orang ramai berkenaan kewujudan program infinity downline ini. Tujuan kedua pastinya adalah untuk mempromosikan infinity downline itu sendiri. (oh mungkin juga sebenarnya ia adalah terbalik)

Dapat respon yang macam2 tu bagi saya adalah perkara biasa dan ia normal.

But..Patut2 la.

Pertama sekali, saya pasti anda semua pastinya ada pendapat anda sendiri berkenaan program2 seumpama ini. Anda rasa teruja untuk memberi pendapat, keinginan anda sangat meluap-luap untuk menyuarakan isi hati anda, untuk menyebarkan buah fikiran anda, terasa nak hentam habis-habisan. Macam2 ada.

Sebelum anda react sedemikian rupa, mungkin anda berminat untuk renungkan beberapa perkara.. Antaranya..

1. Lihat siapa yang perkenalkan program ini kepada anda. Biasanya orang yang akan perkenalkan progam seperti ini adalah rakan, kawan baik, kawan lama, teman, sahabat, sahabat baik anda. Sebelum anda nak hentam habis2an, pertimbangkanlah dahulu kesannya terhadap persahabatan anda. Berbaloikah hilang kawan semata-mata kerana anda tak suke program infinity downline ni?

2. Apa tujuan dia promosikan kepada anda. Adakalanya ia hanyalah sekadar promosi. Tak semesti bila anda dipromosikan program seperti ini, maka anda dipaksa untuk join program ini. Macam iklan dalam tv, dia siarkan dekat semua orang, tapi bukan memaksa semua orang join.

3. Apa pendekatan yang di guna pakai. Memaksa atau memujuk? Boleh dibezakan. Biasanya tak ada pun sape2 yang akan paksa anda join. Market untuk program ini sangat besar. Tak perlu takut bila lambat dapat downline.

Oh berbalik pada tajuk asal, Tak Nak Join Infinity Downline Tak Apa La, Tapi Janganlah
1. Mengutuk
2. Mengeji
3. Menuduh yang bukan
4. Bercakap benda2 yang tak elok tanpa usul periksa
5. Perkara2 yang seumpama dengannya

Bukan apa, seperti yang saya dah cakap sebelum ni.. Kita kawan. Tak berbaloi gaduh cume semata2 anda tak minat dengan Infinity Downline ni.

0 comments:

Post a Comment

Cerita Pasal Blog Ni

Sertai Aku

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP